Thursday 22 November 2012

Jejak 25 : Mari mengenali dialek Hulu Terengganu



Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama “Ling Wai-Tai Ta” karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelosok alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat negeri Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.




Bagi jejak kali ini, saya hendak mengajak pembaca semua mengenali dialek Hulu Terengganu. Sebutan dialek Hulu Terengganu hampir kepada sebutan Bahasa Melayu Induk dan Bahasa Austronesian Kuno. Dialek ini memungkinkan teori bahawa dialek ini merupakan dialek yang paling asli dan paling tua di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1935, C.C.Brown menerbitkan tulisannya, Terengganu Malay. Dia berpendapat bahawa daripada segi pembunyian dan tata ujaran, percakapan di Hulu Terengganu sangat berbeza dengan bahasa di daerah lain di Terengganu. Beliau menyifatkan unsur kosa kata Hulu Terengganu sebagai unsur yang tua. Bentuk kuno pada dialek Hulu Terengganu juga wujud pada pantai Borneo Utara, Kepulauan Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan dan Gugusan Kepulauan Thailand. Ini menyangkal pendapat bahawa unsur kuno dialek Hulu Terengganu merupakan unsur pinjaman dari kawasan tersebut memandangkan kedudukannya yang jauh dari Hulu Terengganu.



Contoh Dialek Hulu Terengganu :

1.  Apauh = Tenggelam
2. Larai = lari
3. Jagaung = Jagung
4. Sudauk = membalikkan tanah dengan sodok
5. Balaik = Pulang, balik
6. Akaw = Aku
7. Su' su' = akhir sekali
8. Ruhok = sangat sukar
9. Hambak = sentiasa memburu
10. S:awai = sawi
11. Tek le = itu juga
12. Menatang = Binatang
13. Keliraik = Cenkerik
14. Tak mboh bui gogeh = Tak mahu bagi bergoyang
15. Sayup mengelor anok dok balaik = sayup memanggil anak tak balik.
16. Awang = panggilan manja untuk anak lelaki

Untuk mengenali lebih dekat mengenai dialek Hulu Terengganu ini, marilah kita sama-sama dengar sajak dalam dialek Hulu Terengganu ini.




Kesimpulan :


Secara kesimpulannya, dialek Hulu Terengganu ini membuktikan bahawa wujudnya dialek ini tanpa disedari oleh ramai pihak, hanya di ketahui oleh masyarakat di Terengganu sahaja. Retensi dan inovasi dialek Hulu Terengganu sangat penting dalam menentukan sejarah perkembangan bahasa malayu amnya (Collins 1981). Tambahan lagi, kesedaran kita tentang kerencaman fonetik dan morfologi sesuatu dialek amat bermanfaat dalam menentukan arah pengajaran Bahasa Malaysia.
 




Friday 26 October 2012

Jejak 24 : Pengaruh Bahasa Rojak Dalam Lagu

Ketika aku merehatkan diri di ruang tamu sambil mendengar radio. Tiba-tiba deejay radio memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Zee Avi yang bertajuk 'kantoi'. Lagu itu cukup mesra di telinga pendengar, akan tetapi lirik lagu tersebut bercampur aduk dengan perkataan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Cuba dengar lagu ini :




Lirik lagu Kantoi

Semalam I call You, You tak answers
You kata You keluar pergi dinner
You kata You keluar dengan kawan You
But when I called Tommy he said it wasn’t true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola,
Tapi bila I sampai, You tak ada,
Lagilah I jadi gila,

So I called and called sampai You answer
You kata, ‘Sorry sayang, tadi tak dengar’,
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain,

Sudahlah sayang, I don’t believe you,
I’vr always known that your words were never true,
Why am I with You? I pun tak tahu,
No wonderlah my friend pun tak suka You

So I guess that’s the end of our story,
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she is cheating too,
With her ex-boyfriend’s best friend,
Tommy… Kantoi…..

Komen : Lagu sebegini tidak patut diputarkan kerana mengandungi bahasa rojak. Pengaruh inilah yang biasanya akan menggalakkan masyarakat terutamanya golongan muda untuk menggunakan bahasa rojak secara berleluasa.

Jejak 23 : Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Hari itu saya telah menghadiri satu Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bertempat di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang persidangan itu berlangsung, pelbagai input yang saya dapat dan saya peling tertarik dengan slot ceramah daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim. Dalam slotnya, semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Semua hadirin menyanyi lagu tersebut dengan penuh semangat.

Pesanan : Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa!!!



Lirik lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/lirik : Dol Ramli