Thursday 27 September 2012

Jejak 2 : Kesalahan Penggunaan Hukum D-M


Untuk catatan kali ini, saya ingin mendedahkan kesalahan penggunaan Hukum D-M yang berlaku di sekitar masyarakat kita. Hukum DM ialah  unsur yang diterangkan (benda) perlu mendahului unsur yang menerangkan (sifat). Contohnya seperti goreng pisang, Restoran Sumayyah dan lain-lain. 



Gambar disebelah merupakan sebuah papan tanda yang bertulis "Asma Rojak Pasar Tani". dalam papan tanda tersebut terdapat penggunaan hukum D-M yang salah iaitu 'Asma Rojak'. Perkataan yang sepatutnya ditulis ialah Rojak Asma kerana perkataan 'Rojak' merupakan perkara yang ingin diterangkan dan 'Asma' merupakan perkara yang menerangkan rojak tersebut.




Beberapa keping contoh gambar-gambar lain yang menunjukkan penggunaan Hukum D-M yang salah seperti di bawah:

  

Ayat yang sepatutnya ditulis dalam gambar di atas ialah Gerai Laksa Kak Ani.





Restoran tersebut sepatutnya dinamakan Restoran SZ jika mengikut hukum D-M.

Akan tetapi, terdapat juga pengecualian dalam hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan. Hal ini demikian berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada mana-mana jawatan antaranya ialah  seperti perdana menteri, timbalan menteri, naib presiden, naib canselor, ibu pejabat dan pembantu penyelidik.






No comments:

Post a Comment