Friday 28 September 2012

Jejak 4 : Bahasa Rojak

Apa yang dimaksudkan dengan Bahasa Rojak? Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang mengalami pertukaran kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam sesuatu pertuturan ).


Walaubagaimanapun, bahasa dasarnya ialah Bahasa Melayu. Kebiasaanya, bahasa rojak ini digunakan dalam kalangan remaja. Keadaan ini semakin bertambah parah dan pihak kerajaan telah menggesa rakyat Malaysia supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul terutamanya dalam sektor swasta serta tidak menggalakkan penggunaan bahsa rojak dalam sektoh tersebut. Contohnya, pihak TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karjival jom heboh disebabkan kebimbangan orang ramai dalam menggunakannya.



 Antara contoh-contoh bahasa rojak dalam kalangan masyarakat ialah: 

 
 1)Bahasa Melayu  + bahasa Inggeris
-kau memang terror(hebat) la!
-tempat makan ni best(bagus)sangat!

2)Bahasa Melayu + bahasa Cina

-nak makan sini ke nak tapau(bungkus)?
-apasal(kenapa)lu buat kerja ini cincai(tak sempurna)?


3)Bahasa Cina + bahasa Inggeris

-can meh?that one can like that meh?(boleh berbuat begitukah?)


4)Bahasa Melayu + bahasa Cina + bahasa Inggeris

-eh boss,after makan ah,we'all go mabuk,want or not,on in a while only mah,taikah happy mah,ok.(pengurus,selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai,mahukah?sekali-sekala sahaja untuk bergembira.





No comments:

Post a Comment