Friday 19 October 2012

Jejak 14 : "Bro"

Sedang asyik menonton televisyen. Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi menandakan ada seseorang yang memanggil di talian. Saya terus menjawab panggilan tersebut.



Saya: Hello Assalamualaikum.

Pemanggil : Waalaikumussalam.. Bro, ko ade kat mana?

Saya : Aku ada di rumah.. Kenapa?

Pemanggil : Aku nak ajak lepak minum-minum air kat Restoran Syahirah. Jom la..

Saya : Ok..nanti aku datang.

Komen : Dalam perbualan di atas terdapat penggunaan bahasa pasar seperti perkataan 'bro'. Perkataan 'bro' merupakan singkatan daripada perkataan 'brother' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud abang. Perkataan 'bro' ini selalunya digunakan dalam kalangan anak-anak muda sekarang kerana mereka menganggap perkataan tersebut merupakan kata sapaan yang mesra di kalangan mereka.

No comments:

Post a Comment