Hari itu saya menonton sebuah filem Melayu yang bertajuk Kongsi : Lu Langsi Lu Mati yang di arahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham. Bukan
jalan ceritanya yang ingin aku ketengahkan di sini tetapi tajuk filem tersebut
yang ada menyebut tentang perkataan ‘langsi’. Saya tertanya-tanya apakah yang
dimaksudkan dengan perkataan ‘langsi’ itu kerana itulah kali pertama saya
mendengar perkataan tersebut. Sudah pasti pembaca juga masih kurang jelas
mengenai maksud sebenar perkataan ‘langsi’ tersebut.
Selesai menonton, tangan
saya terus mencapai kamus tatabahasa dewan untuk mencari maksud sebenar
perkataan tersebut. Dalam kamus dewan, perkataan langsi bermaksud berbunyi halus
atau mendering. Saya terfikir adakah maksud ini relevan dengan tajuk filem dan jalan filem yang
dipaparkan. Lalu saya terus mencari maksud perkataan tersebut di dalam laman
sesawang. Akhirnya saya menemukan maksud sebenar yang kena dengan tajuk dan jalan cerita
filem tersebut. Maksud perkataan ‘langsi’ yang sebenar ialah kurang ajar.
Perkataan ini merupakan perkataan slanga yang digunakan oleh golongan muda
zaman sekarang.
perkataan langsi memang terbitan dari mendering... tetapi berevolusi menjadi kurang hajar bagi menunjukkan perbuatan kurang hajar tu seperti berdering... tetapi tidak cukup berkuasa atau kuat dan berbahaya kepada yang berdering sebab tak cukup kuat untuk bersikap kurang ajar.
ReplyDeletelangsi ni bahasa di negeri sabah maksud tunjuk lagak, berlagak
ReplyDeleteKepala hotak kau.. Memalukan sabah. Itu dari perkataan cina.. "Lin xi" yang bermaksud temberang, sombong, berlagak. Tapi jd kebiasaan gemgster2 melayu ikut menyebut sebagai langsi. Ada faham?
Delete🤫🧏
Delete