Semasa menonton televisyen, seorang kawan serumah saya yang berasal daripada utara menceritakan tentang kisahnya semasa pulang dari kelas hari selasa yang lepas.
Situasi :
Kawan : Kojaq btol la anjing tadi tuh, dia ligan aku.
Saya : Ape? ( saya mengaru-garu kepala kerana tidak dapat memahami dengan jelas apa yang dia katakan, hanya perkataan 'kojaq' sahaja yang dapat aku faham yang bermaksud 'kurang ajar'.
Kawan : aku kena kejar anjing tadi.
Saya : owh ye ke.. tak kena gigit kan? (sambil tersenyum).
Kawan : Nasib baik aku sempat lari. (terus berlalu masuk ke biliknya.)
Komen : Dielek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi cara sebutannya. Kawan saya dari utara mengunakan perkataan 'ligan' yang bermaksud kejar dalam bahasa baku. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengetahui dan memahami sedikit sebanyak dialek-dialek di setiap negeri-negeri di Malaysia.
No comments:
Post a Comment