Thursday, 11 October 2012

Jejak 10 : IBU????



Pada petang isnin yang lalu, saya bersama seorang kawan telah singgah di sebuah kios yang terletak di hadapan Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Di situ, saya dan kawan saya telah memesan mee sup sebagai santapan kami pada petang itu. Selesai makan, saya dan teman saya hendak membayar mee sup yang telah kami makan. Maka bermulalah perbualan saya dengan tuan kios, seorang wanita yang sudah berumur lewat 50-an. 
 
Wanita : anak-anak ibu sudah habis makan?

Saya : sudah, berapa semua ni mak cik? ( saya kehairanan kerana wanita tersebut telah membahasakan dirinya sebagai ibu)

Wanita : semuanya 8 ringgit. 

Saya pun mengambil duit di dalam poket dan memberi kepada mak cik tersebut.

Wanita : Terima kasih anak ibu. Nanti datang lagi ye. Jalan tu elok-elok.

Saya : baik mak cik. Sama-sama. 




Dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku tertanya-tanya kenapa wanita tersebut membahasakan dirinya sebagai ibu, lagipun saya bukannya anaknya. Lalu saya bertanya kepada rakan saya, dia menjelaskan bahawa wanita tadi ialah warga Indonesia dan sememangnya warga Indonesia akan membahaskan diri mereka sebagai ibu di bila berhadapan dengan anak-anak muda. Hal ini bagi mewujudkan hubungan mesra dengan panggilan tersebut. Terfikir juga di dalam fikiran adakah itu cuma satu taktik supaya saya datang lagi ke kiosnya. Tetapi sememangnya mee sup di tempat tersebut sangat sedap dan saya akan pergi ke sana lagi jika ada kelapangan.

No comments:

Post a Comment