Thursday, 11 October 2012

Jejak 11 : Tanjong atau Tanjung???

Cuba 2 gambar dibawah:


 Gambar 1


Gambar 2


Kedua-dua gambar di atas di ambil di sekitar daerah Tanjung Malim. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini ialah ejaan yang digunakan dalam gambar-gambar di atas. Yang manakah antara dua gambar di atas yang mempunyai ejaan yang betul? Gambar 1 ataupun Gambar 2??

Gambar 1 merupakan ejaan bahasa Melayu lama yang belum mengalami perubahan kepada bahasa Melayu moden. Gambar 2 merupakan ejaan bahasa Melayu yang telah mengalami tranformasi ejaan. Antara contoh lain ejaan yang mengalami perubahan ejaan ialah:

Kampong - kampung
Lapuran - Laporan
kelinik - klinik
Tammat - tamat
Dokter - Doktor

Komen : Pihak kerajaan haruslah mengambil cakna terhadap masalah ini dan menukar papan tanda yang masih menggunakan bahasa Melayu lama agar kekeliruan ejaan tidak berlaku kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment