Saya dan kawan saya pulang ke rumah setelah selesai kelas.
Sampai di rumah, kami menyedari bahawa radio di atas meja berfungsi padahal
setahu kami radio tersebut telah rosak. Lalu kawan saya, Fahkrul bertanya
kepada salah seorang ahli rumah kami, Ucai.
Fakhrul : 'Macam mana' kau baiki radio ni? Aku buat tak boleh
pun.
Ucai : Aku cuma baiki penyambung ‘plug’ je.. Wayar kat dalam
tu putus.
Komen : Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za’ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Ia merupakan bahasa
pertuturan seharian dalam konteks tidak rasmi. Klausa ‘macam mana’ biasanya
digunakan dalam percakapan tidak formal. Jika dalam situasi formal, perkataan
‘macam mana’ digantikan dengan perkataan ‘bagaimana’.
No comments:
Post a Comment