Friday, 5 October 2012

Jejak 7 : Fahami dialek


Pada petang tadi, selepas tamat kelas Semantik. Saya terus pergi ke Restoran Pantai Timur untuk membeli lauk nasi. Setelah sampai di kedai, saya melihat seorang pekerja restoran tersebut sedang mencari sesuatu yang terdapat di bawah meja. Lalu saya pun bertanya kepada pekerja tersebut.


Saya : Cari apa bang?

Pekerja : cari pitis sekeleng. Jatuh bawoh ni tadi. Baru abih kelah ko?

Saya: Hor..baru abis be..( jawab saya dalam loghat Kelantan)

Pekerja: Gi la tengok-tengok lauk nuh, lauk sedak-sedak belako ari nih.

Saya : bereh bang.

Saya pun membungkus lauk yang hendak saya beli dan terus ke kaunter untuk membayar.

Saya: berapa?

Pekerja : 3 yar

Begitulah sedikit sebanyak situasi yang saya alami tadi. Darah pantai timur yang mengalir dalam badan saya sedikit sebanyak membuatkan saya faham apa yang diperkatakan oleh pekerja tersebut. Jikalau orang negeri lain, Johor misalnya kemungkinan besar mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh pekerja tersebut. Kemungkinan istilah ‘pitis sekeleng’ dan ‘3 yar’  itu menjadi persoalan yang bermain di fikiran mereka.


Penjelasan istilah:

-          - Pitis Sekeleng bermaksud duit syiling
-          - 3 yar bermaksud 3 ringgit.

Komen: Sebagai warganegara Malaysia, kita harus mengenali dan memahami dialek setiap negeri yang ada di negara kita agar kita data berkomunikasi dengan lancar dan mesra serta dapat mengeratkan perpaduan di antara kaum. Kita haus ingat “Bahasa Asas Perpaduan”.


No comments:

Post a Comment