Akan tetapi bagi masyarakat negeri Johor, perkataan 'saing' itu bermaksud sama-sama. Saya mula mengetahui penggunaan perkataan ini apabila kawan serumah saya yang berasal daripada Johor menggunakan perkataan tersebut semasa berbual dengan saya. Saya masih ingat bait-bait katanya semasa ingin ke kelas pada hari itu " jangan pergi dulu, kita pergi saing la". Pada mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dan ketika itulah saya bertanya kepadanya apakah yang dimaksudkan dengan 'saing' bagi masyarakat Johor. Saya bertanya demikian kerana saya keliru dengan penggunaan perkataan tersebut dalam masyarakat Johor. Saya sangkakan bahawa hanya masyarakat di pantai Timur sahaja yang menggunakannya. Perkataan 'saing' dalam masyarakat Pantai Timur bermaksud kawan-kawan. Kini saya lebih berhati-hati menggunakan perkataan tersebut agar tiada pihak yang salah tafsir semasa berbicara dengan mereka.
Komen : Perkataan yang sama sebutan dan berbeza dari segi maknanya disebut sebagai Homofon. Antara perkataan lain ialah "buku" (bahan bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas); "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa" (waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat panjang).
No comments:
Post a Comment