Friday 26 October 2012

Jejak 17 : Kata Ganda 'main-main'



Hari itu, saya terdengar kawan saya menyebut "bila nelajar jangan bermain, bila bermain jangan main-main'. Saya terfikir apakah maksud sebenar perkataan main-main itu kerana ianya boleh membawa banyak maksud. Lalu saya terus membuka kamus dewan dan menyemak data korpus untuk mencari jawapan. Perkataan 'main-main' merupakan kata ganda. Kata dasar yang telah digandakan mempunyai makna yang berbeza daripada kata dasar yang sebenar walaupun kedua-dua perkataan kata dasar yang digandakan itu adalah perkataan yang sama. Sebagai contoh:


Main = merupakan kata kerja yang menunjukkan perbuatan melakukan sesuatu.
Main – main =   bermaksud bergurau atau gurauan semata-mata.
                    =    melakukan sesuatu hanya untuk suka-suka sahaja.
Komen : Kata ganda yang sama dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang berbeza memperlihatkan pandangan orang Melayu dalam memerihalkan sesuatu perkara atau fenomena.

No comments:

Post a Comment