Catatan saya pada kali ini berkenaan dengan penggunaan
bahasa slanga yang semakin merebak di kalangan masyarakat terutamanya golongan
remaja. Slanga menurut Kamus Dewan,
didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa
baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak
rasmi". Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak
standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata
lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial
tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu
sahaja. bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti
komik, malah filem juga turut mempopularkan bahasa slanga ini. Sebagai contoh
filem yang menggunakan bahasa slanga dalam ceritanya ialah filem KL Gangster arahan
Syamsul Yusof. Antara bahasa slanga yang digunakan dalam filem tersebut ialah gua
(aku), lu (awak), sengat (pukul), langgar (kacau), pegang (berkuasa) dan
lain-lain lagi.
Selain itu, ramai juga di antara rakan-rakan saya yang menggunakan bahasa slanga yang mempunyai makna 'double meaning' dalam poercakapan seperti perkataan cikaro (gadis), usya (tengok), hampeh (teruk), kantoi (terkena),
skema (ikot peraturan), meletup (hebat) dan banyak lagi.
Komen : Penggunaan bahasa slanga jika tidak dipantau dibimbangi akan merencatkan
usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu hari ini, lebih-lebih lagi
dengan kedudukan bahasa kita yang seolah-olah makin tiada tempat lagi di
negara sendiri.
No comments:
Post a Comment