SMS adalah singkatan kepada Short Messaging
Service atau Khidmat Pesanan Ringkas. SMS menjadi satu fenomena bahasa yang
semakin berleluasa terutamanya di kalangan remaja. Penggunaan bahasa SMS bukan
hanya digunakan dalam telefon bimbit sahaja. Malahan, ia merebak kepada media
komunikasi yang lain seperti e-mel, penulisan blog, komen di facebook, twitter dan lain-lain lagi. Bahasa SMS mencemarkan bahasa Melayu
kerana terdapat penggunaan bahasa singkatan, bahasa rojak, dan sebagainya yang
menyebabkan hilangnya ketulenan bahasa tersebut.
Contoh bahasa SMS: “akum, ko bleh dtg cini kjap x?
ak nak mntak tlong.”
Masalah bahasa ringkas dalam dunia SMS seperti 'ko
bt pe?' atau ayat sebenarnya “awak tengah buat apa?”. Secara tidak langsung
kita juga menggunakan bahasa SMS ini setiap hari dengan alasan untuk menjimatkan
masa, ruang dan sebagainya. Penyingkatan kata yang digunakan ini adalah
termasuk dalam ciri-ciri bahasa SMS. Keterbatasan karakter yang dapat digunakan
di dalam SMS menyebabkan pengguna SMS cenderung untuk melakukan penyingkatan
kata.
Namun demikian, penyingkatan kata pada SMS boleh menyebabkan kesulitan bagi penerima pesanan untuk menterjemahkan maklumat yang ingin kita sampaikan. Penyingkatan yang tujuannya untuk menghematkan kata telah menyulitkan penerima. Ini menyebabkan penerima memerlukan waktu dan tenaga yang lebih besar dalam memahami isi pesanan dibandingkan dengan pesanan yang tidak menggunakan singkatan.

Bahasa
SMS terbahagi kepada sepuluh jenis singkatan:
1. Singkatan yang pertama adalah singkatan lazim. Contohnya, sg.(sungai),
jln(jalan) dan kg.(kampung).
2. Singkatan yang kedua adalah singkatan pengguguran vokal dalam perkataan. Contohnya, mkn(makan), skolah(sekolah) dan bju(baju).
3. Singkatan yang ketiga adalah singkatan akronim. Contohnya, MAS(Malaysia Airline Systems) dan ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri).
4. Singkatan yang keempat adalah singkatan gabungan suku kata. Contohnya, balora(balai orang ramai).
5. Singkatan yang kelima adalah singkatan kata ganda. Contohnya, kdg2(kadang-kadang) dan kupu2(kupu-kupu).
6. Singkatan yang keenam adalah singkatan kolokial. Contohnya, amek(ambil) dan camne(macam mana).
7. Singkatan yang ketujuh adalah singkatan yang melampau. Contohnya, giler(gila), namer(nama) dan dier(dia).
8. Singkatan yang kelapan adalah singkatan bahasa asing yang ‘diMelayukan’. Contohnya, lebiu(love you), opis(office) dan babai(bye-bye).
9. Singkatan yang kesembilan adalah singkatan yang membawa makna baru. Lazimnya perkataan ini digunakan oleh para remaja dan kanak-kanak. Contohya, ‘boring giler’ dan ‘terror giler’.
10. Singkatan yang terakhir sekali adalah singkatan kod. Contohnya, mencium(muahhh), berfikir(hmmm), ketawa(haha/hehe/kehkeh), gembira([:-)], sedih([:-(]) dan bibir terkunci([:-X]).

Akan tetapi, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
menyenaraikan lebih 300 bahasa singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) umum dan
khas standard yang boleh menjadi panduan kepada orang ramai. Antara kata
singkatan khusus itu ialah DEB (Dasar Ekonomi Baru), Berhad (Bhd), hjh (hajah),
hosp (hospital) Mej (Mejar), Prof (Profesor), TPM (Timbalan Perdana Menteri),
Pgh (pengarah). Bagi kata singkatan umum pula seperti bagi (bg), bangun (bgn),
bila (bl) dengar (dgr), dpn (depan), jgn (jangan), memang (mmg), pdg (padang),
sdri (saudari), thn (tahan) dan tdk (tidak).
No comments:
Post a Comment