Lelaki 1 : Buku yang aku nak cari tu takde la kat sini.
Susah la macam gini, nak buat kerja pun susah sebab tak ada rujukan.
Lelaki 2 : kalau macam tu apa kata kau pinjam dengan Helmi.
Dia ada buku yang kau nak tu.
Lelaki 1 : Helmi ? si tangkai jering tu jugak kau duk sebut
- sebut.. kedekut nak mampus, tak nak la aku mintak dengan dia, sia-sia je.
Lelaki 2 : cuba la minta..
Lelaki 1 : ok la kalau macam tu, aku cuba mintak..
Perbualan antara mereka aa menyebut tentang istilah ‘tangkai
jering’ yang bermaksud kedekut. Penggunaan istilah ini disebut sebagai simpulan
yang termasuk dalam bahasa kiasan. Antara contoh-contoh lain ialah:
Abu Jahal – Orang yang sangat jahat.
Ada hati – Menaruh minat terhadap seseorang.
Bangkai bernyawa – Kurus kering dan tidak bernyawa.
Berbadan dua – Hamil
Cakar ayam – tulisan yang buruk
Hati batu – bersikap degil
Harga diri – maruah seseorang.
Ibu ayam – perempuan yang memperdagangkan perempuan lain.
Makan suap – menerima rasuah.
Makan suap – menerima rasuah.
Mandi kerbau – Mandi tanpa membersihkan badan.
Tulang belakang – Orang kuat dalam sesebuah organisasi.
No comments:
Post a Comment