Friday, 5 October 2012

Jejak 8 : Kesantunan Bahasa Orang Sarawak


Petang itu saya telah menghadiri perbincangan kumpulan untuk kelas Muzik Moden. Kumpulan saya semuanya terdiri daripada orang Sarawak. Saya seronok ketika melihat mereka berbual –bual sesama sendiri. Bagi saya, bahasa mereka sangat sopan berbanding masyarakat di semenanjung Malaysia. Mereka membahasakan diri mereka sebagai ‘saya’ berbanding saya yang lebih suka membahasakan diri sebagai ‘aku’. Begitu juga untuk kata ganti nama diri yang kedua, mereka lebih suka memanggil kita sebagai ‘awak’ berbanding saya yang suka memanggil ‘kau’. Di bawah merupakan perbualan saya di antara salah seorang ahli kumpulan tersebut, Stephen namanya.



Stephen : Kita nak buat apa untuk persembahan minggu kelapan nanti?

Saya : aku rasa baik kita buat lagu tradisional, senang sikit nak bawa lagu camtu.

Stephen : saya rasa begitu jugak. Lagipun lagu tradisional banyak nilai pengajarannya.

Saya membahasakan diri saya sebagai ‘aku’ kerana telah saya telah terbiasa dengan istilah tersebut apabila bercakap dengan rakan-rakan. Terdetik dalam hati ini untuk membahasakan diri sebagai ‘saya’ setelah mendengar Stephen bercakap sedemikian.

Komen: Daripada pemerhatian saya, kebanyakan masyarakat di Sabah dan Sarawak membahasakan diri mereka sebagai ‘saya’ dalam percakapan walaupun sesama rakan-rakan mereka. Hal ini menunjukkan kesantunan bahasa yang mereka gunakan dan sikap sebegini sepatutnya menjadi contoh untuk kita berbahasa dengan lebih sopan kerana cara kita berbahasa itu menggambarkan keperibadian seseorang.

No comments:

Post a Comment